Puasa bermakna menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkannya. Umat Islam wajib melakukan ibadah ini dari terbit fajar sehingga terbenam matahari di sepanjang bulan Ramadhan. Adalah berdosa bagi yang meninggalkannya dengan sengaja. Selain memenuhi tuntutan agama, berpuasa juga adalah baik untuk kesihatan tubuh badan
Dari segi saintifik, terdapat pelbagai kelebihan yang dapat diperoleh dengan menjalani ibadah puasa. Antaranya adalah ia dapat memperbaiki komposisi serta kecergasan tubuh badan. Berpuasa juga dapat membantu menyokong proses pembakaran lemak serta mengurangkan tekanan darah serta tahap gula di dalam darah
Bulan puasa juga merupakan waktu yang terbaik untuk seseorang individu itu mengubah gaya hidupnya. Segala tabiat atau kebiasaan yang tidak elok seperti pengambilan makanan secara berlebihan, makan tidak mengikut masa, menghisap rokok dan sebagainya yang sebelum ini diamalkan ketika bulan-bulan lain dapat perlahan-lahan dikurangkan saat menjelangnya bulan Ramadhan
Secara tidak langsung, sistem penghadaman serta pencernaan tubuh badan dapat direhatkan setelah 11 bulan bekerja memproses makanan dan minuman. Puasa membolehkan segala bahan buangan berbahaya/toksik yang berasal dari pengambilan menu yang tidak seimbang dikeluarkan daripada perut menerusi proses detox (detoksifikasi)
Senarai Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadhan Di Pulau Pinang Tahun 2024
Selain kelebihan berpuasa yang ingin dikecapi, waktu berbuka merupakan waktu yang paling seronok kerana di saat ini umat Islam bebas daripada perkara-perkara yang dilarang ketika seharian berpuasa terutamanya makan dan minum. Namun, harus diingati bahawa adab-adab pemakanan perlu dijaga dan berpada-padalah dalam perbelanjaan agar tidak berlaku pembaziran
Antara pilihan berbuka adalah dengan menikmati buffet Ramadhan. Terdapat banyak hotel dan resort yang menyediakan pakej buffet Ramadhan khas di sepanjang bulan yang mulia ini. Bagi rakyat negeri Pulau Pinang yang berminat untuk menikmati suasana berbuka puasa secara beramai-ramai iaitu dengan hidangan buffet, berikut dikongsikan Senarai buffet Ramadhan Pulau Pinang 2024 buat makluman semua.
Senarai Buffet Ramadhan Pulau Pinang 2024
Senarai buffet Ramadhan Pulau Pinang 2024 adalah seperti berikut. Klik pada pautan yang disertakan pada setiap nama lokasi untuk melihat maklumat lanjut
LOKASI | NO & ALAMAT | DEWASA | KANAK-KANAK/ WARGA EMAS |
Eastern & Oriental Hotel | 04-222 2000 Lebuh Farquhar, George Town, Pulau Pinang | – | – |
The Light Hotel | 04-382 1111 Lebuh Tenggiri, Bandar Seberang Jaya, George Town | RM138 | RM108, RM68/ RM123 |
Eastin Hotel | 04-612 1111 Solok Bayan Indah, Queensbay, Bayan Lepas | RM148 | RM74/ RM128 |
DoubleTree Resort | 04-892 8000 Batu Ferringhi, Pulau Pinang | RM158 | RM88 |
Royale Chulan Hotel | 04-259 8888 ext 8910 1 & 2, Pengkalan Weld, George Town, 10300, Penang | RM129+ | RM89+ |
Vouk Hotel Suites | 04 370 8333 57-G-3, Mansion One, Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town, 10050, Pulau Pinang | RM88 | RM68/ RM78 |
Hotel Royal Penang | 04-226 7888 Jalan Larut, George Town, Pulau Pinang | – | – |
Hotel Seri Malaysia Kepala Batas | 04-575 6700 Kepala Batas, Pulau Pinang | RM65 | RM38/ RM48 |
– | – | – | – |
– | – | – | – |