Menurut kalendar Hijrah, Ramadhan atau bulan puasa merupakan bulan Islam yang kesembilan dan pengakhiran bulan Ramadhan menandakan bermulanya hari raya aidilfitri. Di sepanjang bulan Ramadhan inilah ibadah puasa yang tertera dalam rukun Islam ketiga diwajibkan ke atas setiap umat Islam untuk melaksanakannya. Ianya merupakan salah satu rukun Islam yang istimewa kerana hanya datang sekali setahun iaitu di bulan Ramadhan
Buffet adalah sistem sajian makanan yang mana makanan ditempatkan di suatu bahagian untuk pengunjung mengambilnya sendiri sebagai cara mereka layan diri. Kebiasaannya buffet ditawarkan di pelbagai jenis hotel, restoran atau acara sosial. Dalam bulan Ramadhan pula, kebiasaannya terdapat buffet Ramadhan yang disediakan di hotel-hotel dan resort sebagai hidangan berbuka puasa
Konsep hidangan makanan buffet bermula pada pertengahan abad ke-17 Perancis, sewaktu kaum lelaki datang tanpa diduga ke rumah wanita yang ingin mereka goda. Kedatangan secara mengejut akan menyebabkan kakitangan dapur menjadi panik dan makanan yang boleh dihidangkan adalah daripada apa yang terdapat di dalam bilik sejuk sahaja
Antara ciri penting dalam format pemakanan buffet adalah para pengunjung dapat melihat pilihan makanan secara langsung dan terus memilih hidangan yang ingin dijamu. Mereka juga dapat menentukan sendiri berapa banyak makanan yang ingin mereka ambil. Walaupun pada masa lalu buffet dianggap sebagai sistem hidangan makanan yang tidak rasmi berbanding khidmat layanan di meja, sejak kebelakangan ini ia semakin popular terutamanya di rumah yang memiliki ruang terhad untuk menempatkan meja untuk pengunjung duduk
Senarai Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadhan Di Perak Tahun 2024
Menikmati juadah atau hidangan yang pelbagai ketika waktu berbuka bukanlah sesuatu yang salah. Namun begitu umat Islam hendaklah bijak berbelanja dengan tidak mengikut nafsu semata. Sikap berjimat dan berpada-pada perlulah diamalkan sebagai tanda syukur terhadap nikmat yang dikurniakan Allah SWT
Terdapat banyak hotel dan resort yang menyediakan pakej buffet Ramadhan khas di sepanjang bulan yang mulia ini. Bagi rakyat negeri Perak yang berminat untuk berbuka puasa dengan hidangan buffet, berikut dikongsikan Senarai buffet Ramadhan Perak 2024 buat rujukan semua.
Senarai Buffet Ramadhan Perak 2024
Senarai buffet Ramadhan Perak 2024 adalah seperti berikut. Klik pada pautan yang disertakan pada setiap nama lokasi untuk melihat maklumat lanjut
LOKASI | NO & ALAMAT | DEWASA | KANAK-KANAK/ WARGA EMAS |
The Haven Resort Hotel & Residence | 05 540 0000 Jalan Haven, 31150 Ipoh | RM118 | RM100 |
Casuarina Meru Ipoh | 05 529 9999 No. 1-C, Jalan Meru Casuarina, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh | RM88 | RM58 |
Impiana Hotel Ipoh | 05 255 5555 18, Jalan Sultan Nazrin Shah, 30250 Ipoh | – | – |
WEIL Hotel | 05 208 2021 No. 292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh | RM148 | RM108 |
Hotel Seri Malaysia Ipoh | 05 241 2936 Jalan Sturrock, off Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh | RM68 | RM55 |
Hotel Seri Malaysia Taiping | 05 806 9502 4, Jalan Sultan Mansor, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping | RM55 | RM48 |
Hotel Taiping Perdana | 05 808 2011 No. 1, Lorong Koperasi 1, Medan Koperasi, 34000 Taiping | RM65 | – |
Bukit Merah Laketown Resort | 05 890 8888 Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol | RM60 | RM35 |
The Orient Star Resort Lumut | 05 683 3800 Lot 203 & 366, Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut | – | – |
Hotel Sfera Seri Manjung | 05 688 1000 2479, Taman Samudera, Jalan Dato Yu Neh Huat, 32040 Seri Manjung | RM68 | RM38 |