Bajet 2024 atau Belanjawan 2024 akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada hari Jumaat 13 Oktober 2023 dijangka bermula jam 4 petang oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembentangan ini adalah saat yang ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia kerana di sini lah bantuan kewangan untuk rakyat dan negara akan diumumkan
Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan dijangka menjadi belanjawan bersifat komprehensif dengan mengutamakan kepentingan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau kaum sekaligus mampu mencerminkan perancangan sistematik sebuah kerajaan yang bertanggungjawab
Penekanan utama kerajaan untuk belanjawan 2024 adalah terhadap tanggungjawab dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak. Untuk mencapai hasrat tersebut, Kerajaan Perpaduan akan terus komited untuk menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan kreatif demi menjamin kualiti perkhidmatan kepada rakyat
Ringkasan Teks Ucapan Intipati Kandungan Bajet 2024 Belanjawan Malaysia
Pembentangan Belanjawan 2024 adalah cukup penting buat rakyat di mana pelaksanaannya perlu berlaku dalam keadaan yang cekap dan berkesan agar setiap rakyat dapat merasai faedahnya. Rakyat amat berharap kerajaan dapat mengagihkan belanjawan secara bijaksana
Belanjawan MADANI kedua akan dibentangkan secara langsung pada ketetapan berikut:
- Tarikh: 13 Oktober 2023 (Jumaat)
- Jam: 4 petang
- Siaran langsung: Pembentangan Belanjawan 2024
Berikut MYsumber sertakan ringkasan intipati penting kandungan Bajet 2024 yang dikemaskini sepanjang pembentangan belanjawan 2024 berlangsung.
Video Panduan
Ringkasan Tema Dan Peruntukan Belanjawan 2024
Tema
- Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat
Matlamat Induk Bajet 2024:
- Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan
- Pengstruktruan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan
- Peningkatan Darjat Hidup Rakyat
Peruntukan Bajet
- RM 393.8 Bilion (Belanjawan tertinggi Malaysia)
Perincian Peruntukan Bajet 2024
Belanja Mengurus
- RM 303.8 Bilion
Belanja Pembangunan
- RM 90 Bilion
Simpanan Luar Jangka
- RM 2 Bilion
Fokus Kandungan Intipati Bajet 2024
1. Kenaikan Kadar Cukai Perkhidmatan (SST)
Cukai perkhidmatan akan dinaikkan kepada 8% daripada kadar masa kini, 6%. Peningkatan ini terkecuali bagi sektor makanan & minuman, parkir kereta, logistik dan telekomunikasi. Cukai ini juga akan diperluas kepada sektor baru.
2. Pengenalan Cukai Barang Bernilai Tinggi
Sebanyak 5% – 10% cukai akan dikenakan kepada barang-barang bernilai tinggi seperti barang kemas, jam tangan dan lain-lain.
3. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Peruntukan STR bagi tahun 2024 akan ditingkatkan kepada RM 10 Bilion berbanding RM 8 Bilion pada tahun 2023
- Kadar maksimum STR akan dinaikkan kepada RM 3,700 berbanding RM 3,100 sebelum ini.Kadar minimum
- Bagi golongan belia pula, kadar miniumum STR juga meningkat daripada RM350 kepada RM500 ringgit.
- Bayaran maksimum kali pertama STR untuk tahun 2024 akan dinaikkan kepada RM 500 berbanding RM 300 tahun sebelumnya, dan dijangka akan disalurkan pada Februari 2024 sebelum Ramadhan
- Permohonan baharu STR 2024 akan dibuka seawal November 2023
Panduan lanjut: Sumbangan Tunai Rahmah
4. Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Penerima STR akan menerima RM 100 sebulan (kredit dalam myKad) untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit
Panduan lanjut: Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
5. Rebat Bil Elektrik Dan Pengecualian Deposit Akaun Bil Elektrik
Isi rumah miskin tegar akan mendapat sebanyak RM 40 rebat elektrik sebulan serta pengecualian deposit akaun bil elektrik
6. Kenaikan Berperingkat Harga Diesel
Bagi menangani ketirisan subsidi diesel dan penyeludupan, harga diesel akan dinaikkan secara berperingkat dan subsidi bersasar akan diperkenalkan
7. Diskaun PTPTN
Diskaun bayaran balik PTPTN bermula 14 Oktober 2023 – 31 Mac 2024 mengikut kadar berikut:
- Pertama: Diskaun 10%, bagi bayaran penuh hutang
- Kedua: Diskaun 10%, bagi sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah hutang dalam satu bayaran
- Ketiga: Diskaun 15% bagi bayaran potongan gaji atau debit berjadual
Panduan lanjut: Cara Bayar PTPTN Online
8. Bonus Penjawat Dan Pesara Awam
Bayaran Insetif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam akan diberikan kepada penjawat awam sebanyak:
- RM 2,000, kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk juga kepada lantikan kontrak
- RM 1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform
Bagi pesara kerajaan pula, RM 1,000 akan diberikan termasuk kepada veteran berpencen serta tidak berpencen.
Bayaran ini akan disalurkan secara sekali gus pada akhir Februari, menjelang Ramadhan tahun 2024
Panduan lanjut: Bonus Penjawat Awam 2024
9. Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik
Golongan yang berpendapatan bawah RM 120,000 setahun layan mendapat rebat sebanyak RM 2,400 bagi pembelian motosikal elektrik.
10. Bayaran Ujian Memandu
Bagi tahun 2024, bayaran bagi ujian memandu lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu akan ditanggung kerajaan
11. Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan Siswa (FLYsiswa)
Program FLYsiswa yang telah diperkenalkan tahun ini akan diteruskan untuk memberi manfaat kepada hampir 60,000 pelajar dari golongan kurang mampu
12. Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Akaun fleksibel KWSP akan diperkenalkan. Akaun yang berbeza ini memudahkan akses ahli kepada simpanan pada bila-bila masa.
13. Pengenalan Cukai Keuntungan Modal
Pelupusan saham syarikat yang tidak disenaraikan akan dikenakan cukai sebanyak 10% mulai 1 Mac 2024
14. Portal Fraud Kebangsaan (NFP)
Sebuah portal yang bertujuan untuk menangani kes penipuaan dan penipuan atas talian akan dilancarkan. Portal NFP ini akan mempercepat proses pengesanan, pembekuan dan pemulangan dana.
15. Tahun Melawat Malaysia
Bagi merancakkan pelancongan Malaysia, Tahun Melawat Malaysia akan dilaksanakan semula pada tahun 2026.
16. Ganjaran Aktiviti Kesukarelawanan
Sebanyak RM 500 akan diberikan sebagai ganjaran kepada belia yang melakukan aktiviti kesukarelawanan di badan-badan berdaftar oleh kerajaan.
17. Pelepasan Cukai Yuran Kursus Peningkatan Diri
RM 2,000 pelepasan cukai sehingga tahun taksiran 2026 akan diberikan bagi yuran kursus peningkatan kemahiran dan kemajuan diri.
18. Yuran Pendaftaran Kemasukan Universiti Awam
Bermula 2024, Had yuran pendaftaran ditetapkan tidak melebihi RM1,500 selari dengan nilai pemberian wang pendahuluan PTPTN.
Selain itu, pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat mendaftar subjek pada setiap semester dan bayaran boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek.
19. Penerusan Pas My50
Pas My50 akan diteruskan bagi perkhidmtan bas dan rel PRASANA
20. Skim MySalam
Pelaksanaan Skim MySalam akan diteruskan lagi bagi tempoh dua tahun
Panduan lanjut: Cara buat tuntutan Skim MySalam
21. Sumbangan Khas Guru Takmir, Guru KAFA, Imam, Bilal, Siak, Noja dan Marbut
Kerajaan setuju untuk memberikan sumbagan sebanyak RM 700 sebagai perhargaan jasa
Info Lanjut