Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5) yang akan dijalankan bermula tahun 2020. Ini bermaksud, sistem aliran sains dan sastera seperti yang dijalankan sebelum ini akan digantikan dengan sistem pelbagai pakej
Rasional Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas ini diperkenalkan adalah bagi memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengenalpasti serta memilih mata pelajaran berdasarkan kecenderungan, minat, dan kebolehan beserta syarat kelayakan yang telah digariskan oleh Institut Pendidikan Tinggi (IPT). Pakej juga disusun mengikut keperluan murid dalam menyambung pengajian ke peringkat IPT seperti Universiti, Matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, Tingkatan 6 dan setaraf
Walaupun mempunyai kebebasan untuk memilih, murid-murid perlu membuat pilihan berdasarkan minat dan kecenderungan dengan mengambil kira pencapaian murid dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Ujian Psikometrik serta Pentaksiran Bilik Darjah. Selain itu, ia juga bergantung kepada kemudahan dan tenaga pengajar yang ada di sekolah. Guru kaunseling serta guru berperanan dalam membantu murid membuat pilihan mata pelajaran yang sesuai
KSSM Menegah Atas akan dilaksanakan dengan memperkenalkan tiga kumpulan mata pelajaran iaitu matapelajaran teras, mata pelajaran wajib, dan mata pelajaran elektif. Mata pelajaran elektif pula akan ditawarkan dengan dua pakej utama iaitu pakej Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) serta pakej Sastera & Kemanusiaan
Kriteria Atau Syarat Terkini Kemasukan Aliran Sains Tingkatan 4
Berikut adalah syarat atau kriteria bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 4 aliran Sains di Sekolah Menengah yang digunapakai semenjak tahun 2015. Disediakan juga jenis-jenis mata pelajaran yang ditawarkan bermula tahun 2020 mengikut kategori serta contoh-contoh pakej mata pelajaran bagi memudahkan murid-murid untuk membuat rujukan
Syarat Kemasukan Aliran Sains Tingkatan 4 Tahun 2015
- Pelajar yang mendapat keputusan dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Sains dan Matematik digalakkan mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4 Sekolah Menengah.
- Pelajar yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik dibenarkan mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4
- Pelajar yang mendapat gabungan Gred A/D, B/D atau C/D dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik dibenarkan mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4
- Pelajar yang mendapat Gred E dalam mana-mana mata pelajaran Sains dan Matematik tidak digalakkan mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4
*Pelajar yang berminat untuk belajar dalam aliran Sains di Tingkatan 4 boleh berhubung terus dengan pihak sekolah masing-masing bagi mendapatkan keterangan lanjut seandainya keputusan PT3 yang diperolehi menepati kriteria atau syarat sepertimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Mata Pelajaran KSSM Tingkatan 4 Dan 5 Tahun 2020
Mata Pelajaran Teras
Wajib dipelajari oleh semua murid di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Swasta
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Mata Pelajaran Wajib
Wajib dipelajari oleh semua murid di Sekolah Kerajaan, dan Sekolah Bantuan Kerajaan
- Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Mata Pelajaran Elektif
Maksimum mana-mana LIMA mata pelajaran elektif (boleh mengambil gabungan daripada kumpulan elektif)*
- Elektif STEM
- Elektif Bahasa
- Elektif Pengajian Islam
- Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas
*Kenyataan ini tidak terpakai untuk murid di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan murid yang mengambil Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)
Mata Pelajaran Elektif KSSM
Elektif STEM
SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Matematik Tambahan
SAINS GUNAAN DAN TEKNOLOGI
- Sains Tambahan*
- Grafik Komunikasi Teknikal
- Asas Kelestarian
- Pertanian
- Sains Rumah Tangga
- Reka Cipta
- Sains Komputer
- Sains Sukan
- Pengajian Kejuruteraan Awam**
- Pengajian Kejuruteraan Mekanikal**
- Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik**
- Lukisan Kejuruteraan**
*Murid yang telah mengambil mata pelajaran Sains Tambahan tidak dibenarkan mengambil bersama-sama mata pelajaran Sains Tulen. Walau bagaimanapun, murid digalakkan untuk mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan sebagai kombinasi
**Pelaksanaan perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil. 10 Tahun 2019 dan hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik
MATA PELAJARAN VOKASIONAL
- Pembinaan Domestik
- Pembuatan Perabot
- Produksi Reka Tanda
- Menservis Peralatan Elektrik Domestik
- Rekaan dan Jahitan Pakaian
- Katering dan Penyajian
- Landskap dan Nurseri
- Tanaman Makanan
- Reka Bentuk Grafik Digital
- Produksi Multimedia
- Sains Komputer
- Sains Sukan
- Pemprosesan Makanan
- Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
- Pendawaian Domestik
- Menservis Automobil
- Gerantologi Asas dan Geriatik
- Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut
- Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Hiasan Dalaman
- Kerja Paip Domestik
- Kimpalan Arka dan Gas
- Menservis Motosikal
- Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
Elektif Bahasa
- Bahasa Arab
- Bahasa Cina*
- Bahasa Tamil
- Bahasa Iban
- Bahasa Kadazandusun
- Bahasa Semai
- Bahasa Perancis
- Bahasa Jepun
- Bahasa Jerman
- Bahasa Korea**
- Bahasa Cina Komunikasi**
*Pelaksanaan Bahasa Cina Sekolah Comforming tertakluk kepada surat KP(BS)8502/15/006(22) bertarikh 16 November 2000
**Pelaksanaan di Tingkatan 4 bermula pada tahun 2021
Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi
- Perniagaan
- Pengajian Keusahawanan*
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Muzik
- Geografi
- Kesusasteraan Melayu Komunikatif
- Kesusasteraan Inggeris**
- Kesusasteraan Cina
- Kesusasteraan Tamil
*Pelaksanaan perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil. 10 Tahun 2019 dan hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik
**Masa Minimum Jam Setahun adalah 64 jam di Tingkatan 4 dan 32 jam di Tingkatan 5 (rujuk Surat Siaran Bil. 9 Tahun 2019)
Elektif STEM
- Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Tasawwur Islam
MATA PELAJARAN KBD
- Usul Al-Din
- Al-Syariah
- Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah
- Al-Adab wa Al-Balaghah
- Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami
MATA PELAJARAN VOKASIONAL
- Hifz Al-Quran
- Maharat Al-Quran
- Turath Dirasat Al-Islamiah
- Turath Bahasa Arab
- Turath Al-Quran wa Al-Sunnah
Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas KSSM 2020
Berikut merupakan antara contoh pakej mata pelajaran menengah atas Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bermula tahun 2020
Terdapat dua pakej mata pelajaran elektif iaitu pakej Sains, Teknologi. Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan pakej sastera dan Kemanusiaan
Pakej Stem
Bagi yang ingin mengambil pakej STEM, murid hendaklah memenuhi satu kriteria yang berikut:
- Mengambil semua mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan; atau
- Mengambil mana-mana dua pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan serta sekurang-kurangnya satu mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mata pelajaran daripada bukan elektif STEM; atau
- Mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana satu mata pelajaran vokasional (MPV)
Pakej STEM (A)
Pakej STEM A adalah bagi murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat program Asasi Sains, Program Matrikulasi, dan Pengajian Tingkatan Enam dalam bidang :
- Sains
- Perubatan dan Kesihatan
- Kejuruteraan
- Bioteknologi dan sebagainya
Contoh gabungan semua mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi serta Matematik Tambahan yang boleh diambil oleh murid adalah seperti pakej-pakej berikut:
CONTOH 1 | |||
Teras | Wajib | Elektif | |
Bahasa Melayu | Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | Fizik | |
Bahasa Inggeris | Kimia | ||
Matematik | Biologi | ||
Sejarah | Matematik Tambahan | ||
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral | |||
*Pengecualian mata pelajaran teras Sains | |||
CONTOH 2 | |||
Teras | Wajib | Elektif | |
Bahasa Melayu | Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | Fizik | |
Bahasa Inggeris | Kimia | ||
Matematik | Biologi | ||
Sejarah | Matematik Tambahan | ||
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral | Pendidikan Seni Visual | ||
*Pengecualian mata pelajaran teras Sains | |||
CONTOH 3 | |||
Teras | Wajib | Elektif | |
Bahasa Melayu | Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | Fizik | |
Bahasa Inggeris | Kimia | ||
Matematik | Biologi | ||
Sejarah | Matematik Tambahan | ||
Bahasa Arab | |||
Pend. Al-Quran dan As-Sunnah | |||
Pend. Syariah Islamiah | |||
*Pengecualian mata pelajaran teras Sains dan Pendidikan Islam |
Pakej Stem (B)
Pakej STEM B adalah bagi murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat tertiari dalam bidang teknologi seperti :
- Kejuruteran
- Sains Komputer
- Reka Bentuk
- Teknologi Pembuatan
- Perakaunan dan lain-lain
Contoh gabungan mana-mana dua mata pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mata pelajaran daripada elektif bukan STEM yang boleh diambil oleh murid adalah seperti pakej-pakej berikut:
CONTOH 1 | |||
Teras | Wajib | Elektif | |
Bahasa Melayu | Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | Fizik | |
Bahasa Inggeris | Kimia | ||
Matematik | Matematik Tambahan | ||
Sejarah | Grafik Komunikasi Teknikal | ||
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral | |||
*Pengecualian mata pelajaran teras Sains |
CONTOH 2 | |||
Teras | Wajib | Elektif | |
Bahasa Melayu | Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | Fizik | |
Bahasa Inggeris | Kimia | ||
Matematik | Matematik Tambahan | ||
Sejarah | Pengajian Kejuruteraan Awam | ||
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral | Lukisan Kejuruteraan | ||
*Pengecualian mata pelajaran teras Sains |
CONTOH 3 | |||
Teras | Wajib | Elektif | |
Bahasa Melayu | Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | Fizik | |
Bahasa Inggeris | Biologi | ||
Matematik | Matematik Tambahan | ||
Sejarah | Sains Sukan | ||
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral | |||
*Pengecualian mata pelajaran teras Sains |
Pakej Stem (C)
Pakej STEM C adalah bagi murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat sijil dan diploma di universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi kemahiran dalam bidang :
- Perniagaan
- Reka bentuk fesyen
- Hospitaliti
- Reka Bentuk Media dan sebagainya
Contoh gabungan sekurang-kurangnya dua mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana satu Mata Pelajaran Vokasional bagi kategori ini adalah seperti berikut:
CONTOH 1 | ||
Teras | Wajib | Elektif |
Bahasa Melayu | Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | Sains Komputer |
Bahasa Inggeris | Reka Cipta | |
Matematik | Pendidikan Seni Visual | |
Sejarah | ||
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral | ||
Sains |
CONTOH 2 | ||
Teras | Wajib | Elektif |
Bahasa Melayu | Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | Produksi Reka Tanda |
Bahasa Inggeris | ||
Matematik | ||
Sejarah | ||
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral | ||
Sains |
CONTOH 3 | ||
Teras | Wajib | Elektif |
Bahasa Melayu | Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | Sains Tambahan |
Bahasa Inggeris | Matematik Tambahan | |
Matematik | Grafik Komunikasi Teknikal | |
Sejarah | ||
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral | ||
Sains |
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila rujuk kepada surat pekeliling yang dikeluarkan KPM