Cara Permohonan Skim ADAM50 Amanah Dana Anak Malaysia 2050

Informasi

Informasi

Bayi warganegara Malaysia, yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan mendapat RM200 melalui unit amanah saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Skim yang dikenali Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50) diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2018 adalah bagi memupuk budaya menyimpan wang generasi TN50

Unit amanah saham sejumlah RM200 tersebut akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera manakala bayi bukan Bumiputera dikreditkan melalui Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)

Pengkreditan unit amanah saham sejumlah RM200 berkenaan hanya akan dibuat setelah proses permohonan pendaftaran ibu bapa melalui cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Ejen ASNB

Cara Membuat Permohonan ADAM50 Amanah Dana Anak Malaysia 2050 

200 unit insentif (RM200) dan semua pengagihan pendapatan serta sebarang pengagihan tambahan yang diperolehi (sekiranya ada) dari unit insentif tersebut hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun

Tarikh Permohonan Pendaftaran Skim ADAM50 

  • Skim ADAM50 akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2018

Pendaftaran hendaklah dilakukan dalam tempoh maksimum setahun selepas tarikh lahir bayi tersebut

Sebagai contoh, jika bayi dilahirkan pada 2 Januari 2018, ibu bapa atau penjaga berdaftar hendaklah melakukan pendaftaran selewat-lewatnya pada 2 Januari 2019. Sekiranya ibu bapa atau penjaga gagal mendaftar dalam tempoh tersebut, kelayakan untuk mendapatkan unit insentif percuma akan terbatal

Kelayakan Pendaftaran Skim ADAM50

Syarat umum pendaftaran akaun ADAM50 adalah seperti berikut

  1. Warganegara Malaysia
    • Bumiputera – ASB
    • Bukan Bumiputera – AS 1Malaysia
  2. Ibu bapa atau penjaga berdaftar hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas sewaktu pendaftaran dilakukan
    Sekiranya pendaftaran dilakukan oleh individu selain ibu atau bapa kepada bayi tersebut, dokumen sokongan seperti surat pertalian darah atau Perintah Mahkamah hendaklah dibawa bersama

Kriteria Syarat Kelayakan Skim ADAM50

Kriteria–kriteria bayi bagi kelayakan skim ADAM50 adalah seperti berikut

  1. Lahir pada atau selepas 1 Januari 2018
  2. Warganegara Malaysia
  3. Ibu bapa atau Penjaga berdaftar berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas
  4. Ibu bapa atau Penjaga Berdaftar tidak diisytiharkan muflis sepanjang tempoh pelaburan

Cara-Cara Pendaftaran Permohonan Skim ADAM50

Ibu bapa atau penjaga berdaftar boleh membuat permohonan melalui Cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASNB di seluruh negara

Senarai Dokumen Diperlukan

Dokumen yang perlu dibawa adalah seperti berikut

a. Dokumen pengenalan diri (MyKad) ibu / bapa / penjaga berdaftar
b. Dokumen pengenalan diri (MyKid) bayi atau Sijil Kelahiran (sekiranya MyKid masih belum diterima)
c. Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan lengkap berkaitan dengan Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50), sila klik pada judul pautan di bawah

*Menerusi makluman Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada 21 Disember 2018, Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan ditamatkan pada 31 Disember 2018 kerana kurang sambutan. Pendaftaran bagi menyertai program ini walau bagaimanapun akan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2019 bagi bayi yang lahir pada tahun 2018

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan